Percubaan SPM Bahasa Melayu 2016 Johor N9 Melaka
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Antara contoh soalan
Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid-murid yang menyertainya. Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang.
Dewasa ini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. atau TMK amat diperlukan agar pengguna terutamanya remaja memperoleh ilmu pengetahuan. Huraikan kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan remaja..
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menambah baik sistem pengangkutan darat di negara kita. Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya.
Pada era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan sesorang itu. Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.
Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Cerpen itu bertemakan penghargaan terhadap jasa warga tua. Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
Berikut merupakan soalan percubaan bahasa melayu spm
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]