Percubaan SPM Bahasa Melayu 2016 Selangor Perak KL
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan
Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan. Setiap murid pasti ingin belajar di sebuah sekolah yang baik dan cemerlang. Huraikan ciri-ciri sekolah yang menjadi idaman anda.
Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang selalu berhubung dan rapat sesama anggota keluarga. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Bangunan lama atau bangunan bersejarah di negara kita amat perlu dikekalkan demi generasi yang akan datang. Anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk ‘Penjagaan dan Pemuliharaan Bangunan Lama Menguntungkan Negara’ untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Konflik yang melanda antara sebuah negara dengan negara yang lain di dunia pada masa ini harus diselesaikan bagi mewujudkan keamanan sejagat. Bincangkan cara penyelesaian yang harus diambil oleh negara di dunia bagi menyelesaikan konflik tersebut.
Minat murid-murid terhadap karya sastera seperti novel, cerpen, puisi dan drama perlu dipupuk sejak awal lagi. Huraikan peranan yang dapat dimainkan oleh pihak sekolah bagi memupuk minat murid terhadap karya sastera.
Berikut merupakan percubaan spm bahasa melayu
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]