Percubaan SPM Bahasa Melayu Kelantan Terengganu Pahang
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Antara contoh soalan
Perwatakan Doktor Murni dalam petikan-seorang yang rasional dalam membuat tindakan / berpendirian tegas. Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan kerana yakin bahawa ada hospital lain yang akan mendapatkan khidmatnya.
Seorang yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Doktor Murni bersedia untuk menderma darah untuk menyelamatkan pesakit yang memerlukan darah di hospital tersebut.
Seorang yang mementingkan aspek kemanusiaan. Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kaedah rawatan untuk pesakit lain di hospital tersebut.
Perwatakan Doktor Murni dalam cerpen yang tidak terdapat dalam petikan seorang yang bertanggungjawab. Doktor Murni memaklumkan kepada Profesor Doktor Juaidi mengenai bekalan darah di hospital itu telah kehabisan stok.
Seorang yang bersifat tenang ketika merawat pesakit. Doktor Murni menasihati Nusia agar tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar.
Berikut merupakan soalan percubaan spm bahasa melayu 2016.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]