Tarikh 1 Muharam 1439H adalah pada 22 September bukan 21 September
Bagi umat Islam, 1 Muharam merupakan awal permulaan bagi tahun yang baru mengikut kalendar Islam atau Hijrah. Bagi negeri yang menyambut awal muharam, pastinya tarikh ini ditunggu memandangkan pada tarikh tersebut merupakan cuti umum.
Apa yang pasti, pada awalnya, tarikh awal muharam adalah pada 21 september 2017 iaitu pada hari Khamis. Namun, pihak Jakim melalui media telah membuat kenyataan bahawa awal muharam jatuh pada 22 september 2017 iaitu hari Jumaat. Ini berdasarkan data falak yang diperolehi pada bulan zulhijjah.
Bagi mereka yang berada pada negeri yang jumaatnya bukannya hari cuti, pertukaran ini pastinya menggembirakan kerana mendapat cuti tambahan satu hari untuk digabungkan dengan hari sabtu dan ahad. Bolehlah mereka mahu merancang untuk pulang ke kampung terutama bagi mereka yang sedang berduka lara.
Rujuk kenyataan di bawah.
Antara amalan yang boleh dilakukan untuk menyambut awal muharam ini adalah seperti
Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram
Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah:
1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)
2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
3. Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”
4. Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
5. Qiamullail:
a) Bersolat sunat
b) Membaca Al-Quran.
c) Berzikir.
6. Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.
7. Doa Awal Muharam
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:
a. Doa Pertama:
Doa Awal Muharram
Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca ‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”
ATAU boleh juga di baca;
b. Doa Kedua:
“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”
Semoga bermanfaat. (sumber shafiqqolbu)
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com