Carta Organisasi Sekolah
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan tugas dan carta organiasi sekolah iaitu kurikulum.
Jawatan jawatan yang dipegang guru seperti jawatan Ketua Panitia atau Ketua Bidang, Setiausaha kurikulum, setiausaha peperiksaan, penyelaras penyelaras mata pelajaran dan pelbagai lagi bidang berkaitan dengan kurikulum.
Para guru perlu mengetahui tugas masing masing supaya skop dan bidang kerja yang akan dibuat di sekolah nanti akan berkait dengan diri sendiri.
Di hujung tahun ramai guru data dan guru ICT pastinya sedang sibuk memasukkan data maklumat sekolah ke dalam sistem nkra. Data-data ini dimasukkan ke dalam sistem hasil daripada feedback yang diberikan oleh guru-guru kepada urusetia yang bertanggungjawab memasukkan data ini.
Bagi guru-guru, perlu difahami bahawa setipa feedback ataupun markah yang diberikan perlulah hadir dan mempunyai evidens yang tersendiri. Para guru tidak boleh memasukkan markah secara rambang tanpa dapat mengemukakan evidens evidens tersebut. Evidens ini perlu disimpan di dalam sekolah kerana dikhuatiri pihak JNJK datang ke sekolah dan meminta semua evidens tersebut dikeluarkan.
Bagi standard 3.1 pengurusan kurikulum, terdapat beberapa aspek dalam standard ini yang perlu dihadirkan oleh pihak sekolah bagi mendapat markah yang baik.
Antara aspeknya adalah ketetapan pelaksanaan kurikulum di bawah aspek 3.1.1. Salah satu evidens adalah carta organisasi kurikulum. Berikut merupakan contoh carta organisasi kurikulum.
Carta Organisasi Kurikulum Sek Men
Carta Organiasi Kurikulum Sek Ren
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]