Buku Pengurusan Hem
Dalam pengurusan HEM antara perkara yang penting di dalam sekolah adalah buku pengurusan Hem. Buku pengurusan hem merupakan satu panduan ataupun sop kepada pentadbir dan guru dalam menentukan sesuatu hal yang berkaitan dengan hem.
Buku Jadual Kedatangan Murid(BJKM)
Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan(Januari). Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 8.00 pagi. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimana pun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan.
Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangan ringkas. Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah untuk memudahkan Penolong Kanan (HEM) dan Pembantu Tadbir merekodkan data kehadiran
Penolong Kanan (HEM) / guru yang dilantik oleh sekolah akan memasukkan data kehadiran murid ke dalam Sistem e-Hadir secara atas talian (on-line) sebelum pukul 8.30 pagi setiap hari. BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 5 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya.
Fail peribadi murid.
Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail
Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PMR, SPM) disimpan dalam fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan / Bilik Dokumentasi/
Berikut merupakan buku panduan pengurusan HEM.
Semoga perkongsian bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]