Laporan Mingguan Perhimpunan Sekolah
Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah .Kewajiban menjadikan perhimpunan sekolah sebagai agenda mingguan yang perlu dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan telah menjadikan ianya perlu diurus secara professional.
Setiap orang pemimpin sekolah seharusnya sedar tentang tugas dan bidang kerja yang mereka perlu sempurnakan secara sistematik.
Menurut Gribben : “ Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi ke atas satu kumpulan dalam satu situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama”.
Berdasarkan takrif kepimpinan di atas setiap pemimpin sekolah hendaklah berusaha merangsang,mempelbagaikan aktiviti dan kaedah bagi menjadikan perhimpunan mingguan sebagai agenda pendidikan yang menarik dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.
Pengurusan yang baik dan berkesan akan menentukan proses budaya cemerlang.Perhimpunan mingguan hendaklah berfokus ke arah menyemai,menanam dan memupuk perasaan cintakan negara di kalangan pelajar-pelajar.
Sesuatu perhimpunan rasmi adalah menggambarkan sesuatu yang berdisiplin dengan ertikata setiap orang dalam pehimpnan itu harus menghormati dan mematuhi nilai,norma dan peraturan perhimpunan.Semestinyalah perhimpunan mingguan sekolah hendaklah diurus dengan sistematik.
Berikut merupakan contoh borang kosong laporan perhimpunan mingguan sekolah.
Semoga perkongsian bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]