Roadmap Malaysia’s english curriculum
CEFR atau Common European Framework of References for Languages merupakan satu kurikulum bahasa inggeris yang digunapakai dalam KSSR bermula tahun 2018.
Ia adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan melaksanakan kurikulum selaras dengan Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR), iaitu panduan yang dibangunkan oleh Majils Eropah untuk mengukur kecekapan bahasa asing.
Pelaksanaan CEFR dan penggunaan buku teks itu akan dimulakan dengan murid di peringkat prasekolah, murid Tahun Satu dan Tahun Dua serta Pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua.
Selain CEFR, kementerian juga telah melaksanakan pelbagai program untuk memperkasakan bahasa inggeris di kalangan murid dan juga guru guru. Contohnya dalam gelombang pertama PPPM 2013-2015, kementerian telah melaksanakan program Literasi Bahasa Inggeris di bawah LINUS 2.0, Oral Proficiency for Secondary Schools (OPS English), Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (PPPISM) dan Program Penutur Jati.
CEFR diwujudkan oleh kesatuan eropah pada tahun 1990 sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mempromosikan kerja sama antara guru bahasa di semua negara di Eropah. Pendek kata, cefr ini bukan sahaja untuk bahasa inggeris, malah merangkumi pelbagai lagi bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di eropah.
Kementerian Pendidikan menggunakan pakai CEFR Bahasa Inggeris supaya standard yang dipelajari oleh murid di sekolah di Malaysia adalah standard atau setaraf dengan bahasa inggeris yang dipelajari oleh murid murid di eropah sama ada bahasa inggeris itu merupakan bahasa ibunda ataupun bahasa kedua mereka.
Bagi melaksanakan perkara ini dengan lebih baik, kementerian telah membekalkan pelbagai bahan bahan untuk kegunaan murid di sekolah.
Berikut merupakan Roadmap Malaysia’s english curriculum
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]