Pengurusan Kesihatan Murid
Jawatankuasa Bertindak Kesihatan berperanan memastikan Program Kesihatan dapat dilaksanakan secara bersepadu melalui sokongan dan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, meliputi peningkat kebangsaan, seterusnya negeri, daerah dan sekolah.
Penstrukturan Jawatankuasa Bertindak Kesihatan merupakan satu usaha mengemaskinikan semua tugas dan tanggungjawab supaya menjadi lebih efisien dan sempurna. Semoga aduan dan tindakan akan diselesaikan secara bersama agar kualiti hidup murid di sekolah ditingkatkan.
KONSEP KESIHATAN
Aktiviti-aktiviti kesihatan yang semakin berkembang memerlukan strategi dan kaedah pelaksanaan yang lebih berfokus. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, mental, psikososial dan kerohanian adalah ciri-cini baru yang perlu diberi penekanan dan penelitian bagi membentuk satu model amalan gaya hidup sihat
Tindakan bersepadu yang mengambil kira kurikulum sekolah, keadaan fizikal dan sosial sekolah, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, peratunan dan garis panduan, akan membeni impak kepada kesihatan murid-murid. Penglibatan dan komitmen semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat setempat merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di sekolah.
MATLAMAT
Melahirkan warga sekolah yang sihat dan berkualiti. Situasi memberangsangkan dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya dapat membentuk warga negara yang sihat dan berketerampilan.
OBJEKTIF
1. Melahirkan murid yang berperibadi unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kesihatan.
2. Mewujudkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Kesihatan Sekolah.
Berikut merupakan bahan berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid.
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Semoga perkongsian bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]