Program Keselamatan Murid
Antara program keselamatan murid yang boleh dilaksanakan di sekolah adalah seperti ceramah dan pameran polis, latihan pengunsian bangunan disebabkan kebakaran, ceramah lalu lintas dan pelbagai lagi.
Antara program yang turut penting adalah keselamatan murid semasa datang dan pulang dari sekolah.
Keselamatan diri pelajar dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah memerlukan perhatian serius kerana kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak tidak peka. Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah adalah terbatas. Oleh kerana terdapat pelbagai cara pelajar pergi dan balik sekolah, maka tatacara telah dirangka bagi tujuan itu.
Ramai Pelajar yang pergi dan balik sekolah terdedah kepada bahaya akibat kecuaian ataupun kurang mementingkan aspek keselamatan. Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dalam aspek penjagaan keselamatan diri pelajar pergi dan balik sekolah. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar kawasan sekolah amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan masyarakat. Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga sekolah melalui Pendidikan keselamatan diri dalam perjalanan pergi dan balik.
Objektif Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri pelajar pergi dan balik sekolah. Mengenalpasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik sekolah. Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila melibatkan keselamatan pelajar pergi dan balik dari sekolah. Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan.
Pelajar mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah selamat. Pelajar mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu atau polis. Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan ke sekolah. Pelajar hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah keselamatan .
Berikut merupakan bahan berkaitan dengan program keselamatan murid di sekolah.
Slaind Keselamatan Murid (Sentuhan tidak selamat)
PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN beserta carta organisasi
Semoga perkongsian bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]