Rancangan Aktiviti Tahunan Persatuan Sains dan Matematik
Setiap rabu kebiasaannya murid akan mengikut pelbagai aktiviti kokurikulum sama ada aktiviti unit beruniform, sukan permainan ataupun kelab persatuan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Aktiviti aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini biasanya telah dirangka dan dirancang oleh pengurusan sesuatu badan kokurikulum pada awal tahun hasil daripada perbincangan di antara guru penasihat dan pentadbir sekolah dengan berlandaskan keupayaan sekolah dan murid.
Berikut merupakan matlamat penubuhan kelab dan persatuan iaitu untuk membentuk perancangan yang rapi berkaitan sistem pengurusan aktiviti Persatuan dan Kelab agar dapat mewujudkan masyarakat pelajar yang terlatih, cergas dan bersatu padu agar dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan pengekalan kecemerlangan sekolah.
Matlamat lain juga adalah untuk Melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan yang mampu mewakili sekolah dalam peringkat pertandingan- zon,negeri, kebangsaan dan antarabangsa, menawarkan saluran rekreasi yang sihat kepada semua pelajar serta meyediakan peluang dan ruang untuk pelajar bergerak secara aktif dalam ruang lingkup yang manasabah dan terkawal dan melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi galang ganti kepimpinan pada masa hadapan.
Antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah Kemahiran menulis laporan, Membina taman mini sains, “Mighty Minds’, Kebun sains, Permainan G-Math, Olimpiad matematik dan pelbagai lagi.
Aktiviti yang hendak dilaksanakan hendaklah bersesuaian dengan objektif penubuhan persatuan sains dan matematik ini.
Berikut merupakan contoh rancangan aktiviti tahunan persatuan sains dan matematik
Aktiviti tahunan persatuan sains dan matematik
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]