Koleksi Simpulan Bahasa Melayu SPM
SPM Sijil Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan yang sangat penting di peringkat sekolah di Malaysia. Setelah 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah, SPM lah yang akan menentukan hala tuju setiap pelajar dalam mengejar kerjaya.
Untuk SPM sahaja, terdapat pelbagai kertas peperiksaan yang perlu diduduki oleh pelajar mengikut aliran yang dipilih oleh mereka. Bahan bahan persediaan peperiksaan juga pelbagai dan mudah diperolehi oleh pelajar daripada pelbagai sumber.
Dalam mengoptimunkan penggunaan pelbagai bahan tersebut, pelajar sendiri perlu mempunyai kaedah atau cara belajar yang lebih berkesan supaya input pelajar lebih maksimun. Berikut merupakan beberapa tips belajar iaitu elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya yang pastinya mengganggu tumpuan pelajar.
Antara contoh simpulan bahasa
ada angin – berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati – mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
alas perut – makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
pekak badak – kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
serkap jarang – membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
mengadu domba – memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
Berikut merupakan nota contoh simpulan bahasa spm
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]