Aktiviti Tahunan Panitia Bahasa Tamil
Di bawah bidang pengurusan kurikulum, panitia mata pelajaran memainkan peranan penting dalam merancang pelbagai aktiviti panitia untuk membantu kemenjadian murid dalam akademik.
Panitia di sekolah mewakili setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah dan ketua panitia terdiri di kalangan guru guru mata pelajaran yang lebih berpengalaman dan lebih senior dalam mata pelajaran tersebut.
Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan system panita yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (Bilangan 4, Tahun 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah.
Tugas ketua panitia pula adalah untuk mengkaji dan menilai prestasi murid dalam setiap peperiksaan serta membuat analisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan, menyediakan dan merancang aktiviti murid dalam mata pelajaran berkenaan, membuat pemerhatian, mengambil tahu dan melaporkan kepada Penolong Kanan Satu tentang hasil kerja murid serta kelemahan/kekuatan atau masalah guru-guru dalam panitianya dan memastikan supaya bahan-bahan pengajaran serta alat-alat bantu mengajar digunakan dengan sebaik-baiknya.
Antara contoh aktiviti panitia adalah seperti
Memperbanyakan aktiviti bacaan dala bilik darjah, menulis 2 karangan setiap minggu, menghafal karangan pendek, mengadakan sudut akses kendiri, mengadakan pertandingan menulis karangan antara murid dan pelbagai lagi.
Berikut merupakan contoh aktiviti tahunan panitia
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]