Kertas Matematik Tambahan SPM 2016
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara soalan yang popular juga adalah soalan soalan sebenar spm pada tahun tahun yang lepas. Perkongsian kali ini melibatkan kertas peperiksaan matematik tambahan spm 2016.
Antara contoh soalannya
Adam menanam sayur sayuran di atas sebidang tanah yang berbentu segi tiga bersudut tegak. Diberi sisi yang paling panjang tanah itu ialah y meter. Dua lagi sisi bagi tanah itu ialah x meter dan 2x-1 meter. Dia menggunakan dawai berduri sepanjang 40 meter untuk memagar tanah itu. Cara panjang setiap sisi tanah.
Jisim nanas yang dituai dari sebuah ladang adalah mengikut taburan normal dengan min 2 kg dan sisihan piawai m kg. Diberi bahawa 15.87 daripada nanas itu mempunyai jisim lebih daripada 2.5kg.
Hitung nilai m. Diberi bilangan nanas yang dituai adalah 1320. Cari bilangan nanas berjisim 1 hingga 2,5 kilogram.
Berikut merupakan kertas soalan matematik tambahan kertas 2 2016 spm.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]