Modul Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Murid
Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid (PPSDM) dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin untuk melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh.
Pembangunan Sahsiah Diri Murid membawa maksud keyakinan membangundiri merangkumi kepercayaan tentang nilai positif dan negatif diri, emosi dan maruah yang boleh dibentuk sesuai dengan norma masyarakat. Justeru, program ini dirancang untuk membantu murid-murid sasaran mengenali diri, penghargaan Diri dan membina matlamat diri.
Program ini dilaksanakan secara berfokus dengan menjadikan kemahiran insaniah sebagai elemen penting yang dipraktikkan untuk mengurus murid.
Murid merupakan aset penting masa depan negarayang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya, disayangi setiap masa dan boleh dibangunkan potensi mereka.
Murid perlu diberi bimbingan yang berterusan untuk melakukan perubahan terhadap tingkahlaku ke arah yang lebih positif.
Usaha yang berterusan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin sekolah dalam membangunkan potensi diri murid dalam Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid adalah langkah yang tepat untuk membantu mengawal masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid di sekolah. Gerakan bersepadu ini perlu mendapat sokongan semua pihak dalam pelaksanaannya agar impak yang positif dapat dilihat di akhir program nanti.
Berikut merupakan modul pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid.
Modul Pembangunan Sahsiah Diri Dan Disiplin Murid
Semoga perkongsian standard 3.3 pengurusan hal ehwal murid bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]