Modul Tatabahasa Melayu SPM
SPM Sijil Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan yang sangat penting di peringkat sekolah di Malaysia. Setelah 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah, SPM lah yang akan menentukan hala tuju setiap pelajar dalam mengejar kerjaya.
Untuk SPM sahaja, terdapat pelbagai kertas peperiksaan yang perlu diduduki oleh pelajar mengikut aliran yang dipilih oleh mereka. Bahan bahan persediaan peperiksaan juga pelbagai dan mudah diperolehi oleh pelajar daripada pelbagai sumber.
Dalam mengoptimunkan penggunaan pelbagai bahan tersebut, pelajar sendiri perlu mempunyai kaedah atau cara belajar yang lebih berkesan supaya input pelajar lebih maksimun. Berikut merupakan beberapa tips belajar iaitu elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya yang pastinya mengganggu tumpuan pelajar.
Contoh kandungan modul ini
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan. “ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya. Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan.
“ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat. “Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan “Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.
Berikut merupakan modul tatabahasa spm
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]