Ujian Mac Geografi Tingkatan 1
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Melalui aklumat yang diperolehi hasil dari penilaian, guru dapat menilai kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan murid amat penting bagi memastikan murid mempunyai keyakinan mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya membolehkan mereka menguasai kemahiran yang dipelajari.
Mengikut Thanasoulas (2001), guru hanya boleh mula mengajar pelajar apabila pelajar sudah bersedia dengan pengetahuan asas yang akan menjadi prasyarat kepada pengetahuan baru itu. Hasil penilaian yang dijalankan oleh guru juga dapat memberikan input kepada guru tentang keberkesanan pengajarannya. Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh murid guru dapat menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya.
Sekiranya, rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan dan memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepada pelajar pula, maklumat penilaian ini menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu topik pengajaran.
Contoh soalan geografi tingkatan 1
Berdasarkan peta di atas, isikan tempat kosong berikut dengan jawapan yang betul. Kampung Naka terletak di sebelah …………… Balai Polis.
Perpustakaan terletak di antara …………………………. dan …………………… Masjid terletak di …………………….. Kampung Natoi. Tasik terletak di ……………….Balai Bomba. Kilang terletak di …………… Balai Polis
Berikut merupakan kertas ujian geografi tingkatan 1
ujian mac geografi tingkatan 1
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]