Ujian Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Tingkatan 1
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan
Pada suatu hari, ketika yang empunya padi sedang sibuk ke sana dan ke mari menghalau burung-burung yang memakan tanamannya, dengan cepat-cepat anak yatim piatu itu mengambil segenggam padi yang dijemur. Dimasukkannya padi itu ke dalam mulutnya, lalu ia pun melompat dan lari dengan sekencang-kencangnya menuju ke liang tempat ia mula-mula masuk ke kayangan bersama-sama dengan tujuh orang gadis kayangan yang diikutinya beberapa hari yang lalu.
Setelah yang empunya kembali dari menghalau burung-burung itu maka didapatinya bekas tangan anak yatim itu pada tompokan padi yang sedang dijemurnya. Ia pun segera mengerti bahawa padinya ada yang dicuri oleh anak yatim piatu itu.
Maka secepat kilat dikejarnya anak yang mencuri padinya itu. Anak itu baru sahaja beberapa langkah menjejakkan kakinya pada pelangi yang menjadi tangga antara bumi dengan kayangan, ketika ia disusul dan ditangkap oleh yang empunya padi tadi.
Berdasarkan petikan prosa tradisional ini, apakah tindakan empunya padi setelah mendapati padinya dicuri oleh anak yatim piatu itu?
Berikut merupakan ujian pertengahan tahun bahasa melayu tingkatan 1
ujian pertengahan tahun bahasa melayu tingkatan 1satu contoh 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]