Ujian Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Tingkatan 2
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan
Maka keluarlah dari sana Raja Ahmad itu. Tiba-tiba sampailah ia ke negerinya. Setelah datanglah ia ke istana, maka Tuan Puteri pun berdiri di pintu istana mengalu-alukan Raja Ahmad datang. Maka ujar Raja Ahmad akan Tuan Puteri, “Ayuhai adinda Tuan Puteri, semasa hamba pergi berburu itu, seekor perburuan pun tiada hamba peroleh, melihat perburuan pun hamba tiada, melainkan hamba bertemu dengan sebuah surau di tengah rimba belantara, maka ada seorang orang tua dalam surau itu; maka hamba memberi salam kepada orang tua itu maka disahuti salam hamba itu.
Maka hamba ceritakan kepadanya akan hal saudara hamba mendapat puteri dalam rebung betung itu.
Maka ujarnya orang tua itu, “Jikalau tuan hendak akan anak, baiklah beri hamba tunjukkan dia akan tuan. Nantilah tuan hamba disini barang sesaat.” Maka hamba nanti, maka pada saat itu juga datanglah seekor gajah terlalu amat besar. Maka ada seorang kanak-kanak duduk di atas kepalanya. Dimandikannya ia ke sungai; setelah sudah dimandikannya, maka dihantarkannya ke tebing sungai itu. Maka pergilah ia pula memandikan dirinya.
Setelah sudah ia mandi, maka dimuatkannya pula akan kanak-kanak itu diatas kepalanya, maka dibawanya berjalan ke rimba; demikianlah penglihatan hamba.
Berikut merupakan ujian pertengahan tahun bahasa melayu tingkatan 2
ujian pertengahan tahun bahasa melayu tingkatan 2dua
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]