Evidens SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 atau lebih dikenali dengan SKPMg2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010. Beberapa penambahbaikan dan peningkatan kualiti telah dilakukan melalui aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.
Terdapat beberapa aspek dalam Standard 4 SKPMg2 ini.
Aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc). Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik / ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa
Aspek 4.2 Guru Sebagai Pengawal
Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan pdpc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan dengan mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp dan mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan
Aspek 4.3 Guru Sebagai Pembimbing
Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran dan memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran / mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-sungguh
Aspek 4.4 Guru Sebagai Pendorong
Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran dengan merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjuru kepada pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajara, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan
Aspek 4.5 Guru Sebagai Penilai
Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan
Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positid melalui memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah
Bagi mencapai markah yang terbaik dalam standard ini, terdapat beberapa perkara yang perlu guru sediakan sebagai evidens kepada murid. Antara evidens yang boleh disediakan oleh guru adalah seperti
Selain bahan di atas, banyak lagi evidens yang perlu disediakan oleh guru seperti ABM / BBM yang digunakan. Sila cetak slaid ataupun ambil gambar waktu pdp tersebut. Hasil kerja murid juga perlu disimpan oleh guru. Seeloknya simpanlah dua atau tiga contoh hasil kerja murid termasuk buku aktiviti, buku kerja, lembaran kerja, kertas peperiksaan dan pelbagai lagi. Gambar atau video ketika pdpc berlangsung juga bolej dijadikan evidens dalam standard 4 ini.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]