Kertas Percubaan Prinsip Perakaunan SPM
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Contoh soalan.
Modal berbayar Syarikat Mewah Berhad terdiri daripada 2 000 000 unit 8% saham keutamaan RM2.00 sesaham. Pada 30 Jun 2016, lembaga pengarah syarikat telah mengisytiharkan dividen interim 5% kepada pemegang saham keutamaan. Hitungkan dividen interim dan dividen akhir saham keutamaan.
Pada 1 Januari 2017, Puan Maream iaitu pemilik Perniagaan SQ Elektrik membuka perniagaan menjual barangan elektrik di Bandar Seri Senawang. Perniagaan ini telah merancang menyediakan anggaran belanjawan tunai untuk tiga bulan berakhir pada 31 Mac 2017.
Perkongsian kali ini melibatkan bahan dan kertas peperiksaan prinsip perakaunan SPM 2017 . Dan kebanyakannya sudah disertakan dengan skema jawapan.
Berikut merupakan kertas soalan percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]