Modul Amanjaya Gemilang Bahasa Melayu SPM Kertas 2
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik. Antara contoh soalan
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilahdan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Sederet kedai-kedai telah hangit terbakar dalam satu kejadian kebakaran petang semalam. Pelanggan berkeliaran keluar supaya menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat. Di masa pasukan bomba tiba, kedai-kedai tersebut sudah musnah ditelan api
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Pada suatu malam ibu telah menyuruhku ke kedai. Kebetulan aku ingin ke rumah Tiara kerana hendak meminjam buku latihan Sejarah. Aku keluar untuk dua tujuan sekali gus, bagus juga kerana aku tidak membuang masa.
Aku memang rapat dengan Tiara sejak di bangku sekolah rendah lagi. Banyak perkara yang kami lakukan bersama, sama ada belajar mahupun bermain. Hubungan kami begitu erat dan keluarga kami juga akrab.
Berikut merupakan modul amanjaya bahasa melayu spm kertas 2.
SKEMA MODUL POTENSI CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2
MODUL CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2
MODUL POTENSI CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2
SKEMA MODUL CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]