Modul Kem Bestari Solat
Di sini akan dikongsikan modul kem bestari solat beserta beberapa bahan berkaitan atau bahan sokongan untuk melaksanakan kem bestari solat ini.
PENDAHULUAN
Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Kem Bestari Solat dan cara pelaksanaannya.
TAKRIF
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
OBJEKTIF
Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi perlakuan.
Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan sempurna.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid beragama Islam tahap satu
STRATEGI PELAKSANAAN
Panitia Pendidikan Islam bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut :
Membentuk jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah. Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat.
Menyelaras jadual aktiviti Kem Bestari Solat. Melantik guru yang akan berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator.
Membahagikan kumpulan murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat. Memberi taklimat kepada guru pembimbing atau fasilitator berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu yang telah ditetapkan. Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
Berikut merupakan modul dan bahan berkaitan untuk melaksanakan kem bestari solat di sekolah.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]