Percubaan Matematik SPM
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Soalan soalan yang dikongsi ini merupakan soalan percubaan Matematik SPM bagi tahun 2016 dan 2017. Sementara masa masih ada, boleh dibuat ulangkaji ulangkaji ringan terutamanya berfokuskan soalan yang KBAT ataupun soalan yang mudah diskor markahnya.
Antara soalan seperti A factory packs 5 640 kg of sugar into small packets of 6 g each. Calculate the number of packets of sugar produced. Sebuah kilang membungkus 5640 kg gula ke dalam bungkusan kecil yang mengandungi 6 g gula setiap satu. Hitungkan bilangan bungkusan gula dihasilkan.
Berikut merupakan soalan percubaan Matematik SPM bagi tahun 2017.
Trial SPM Matematik Negeri Sembilan
Di bawah pula merupakan percubaan SPM Matematik bagi tahun 2016.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]