Skor kredit Matematik SPM
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Antara contoh soalan dalam modul ini
Sebuah kapal terbang berlepas dari V dan terbang ke selatan ke R. Kemudian kapak terbang itu terbang arah ke barat ke Q disepanjang selarian latitud sepunya. Laju keseluruhan penerbangan ialah 650 knot. Hitung masa, dalam jam bagi keseluruhan penerbangan itu.
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 tahun pada paksi-x dan 2 cm kepada kepada seorang pelancong pada paksi-y, lukis histogram bagi mewakili jadual (c)
*Apabila suatu nombor, xdi darab dengan – 2 dan ditambah dengan hasil darab suatu nombor lain, y dengan 4 akan menghasilkan nilai 2. Apabila suatu nombor, x di darab dengan – 3 dan ditambah dengan hasil darab suatu nombr lain, y dengan 5 akan menghasilkan nilai yang besar dari – 1 tetapi kurang dari 1.
Berikut merupakan modul Jom Skor Kredit dalam matematik SPM.
JOM SKOR KREDIT DALAM MASA 60 MINIT
JOM SKOR KREDIT DALAM MASA 90 MINIT
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]