Tips A Pendidikan Islam SPM
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Antara contoh tips A boleh lihat pada contoh ini yang dikongsi oleh Ustaz Yusri bin Yusoff.
Jawab dalam bentuk perenggan, Bukan dalam bentuk poin, anggaran 4 hingga 5 baris jika tulisan besar. Dalam SPM, semua soalan jawab dalam bentuk poin, kecuali: KBAT Maksud/Definisi istilah Perbezaan (Jadual)
Berdasarkan keratan akhbar di atas, ramalkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya amalan negatif tersebut terus berlaku dalam negara kita.
Pembaziran makanan dalam kalangan rakyat Malaysia memberi gambaran yang negatif terhadap sikap dan kepatuhan diri kepada tuntutan agama. Seandainya sikap ini terus dilakukan tanpa kesedaran kemungkinan negara akan berhadapan dengan masalah pencemaran alam sekitar kerana pihak berwajib akan mengalami kesukaran untuk mengurus sisa makanan dengan jumlah yang lebih banyak dari kebiasaan.
Seterusnya dengan kesan pencemaran tersebut pelbagai jenis penyakit pula akan timbul dan boleh menjejaskan kesihatan masyarakat setempat. Justeru, sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersederhana dalam pengambilan makanan setiap hari tanpa mengikut selera dan nafsu semata-mata sebaliknya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya kepada diri agama, bangsa dan negara.
Berikut merupakan tips A pendidikan islam.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]