Ujian Mac Bahasa Melayu Tingkatan 2
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Melalui aklumat yang diperolehi hasil dari penilaian, guru dapat menilai kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan murid amat penting bagi memastikan murid mempunyai keyakinan mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya membolehkan mereka menguasai kemahiran yang dipelajari.
Sekiranya, rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan dan memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepada pelajar pula, maklumat penilaian ini menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu topik pengajaran.
Antara contoh soalan
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Lamunan panjangku terhenti di situ. Segera aku meninggalkan perkakas menggunting rambut di dalam pegangan. Petang itu juga, kami bergegas ke Kuala Lumpur. Manis sakit rupa-rupanya. Ketiga-tiga anak lelakiku tidak putus-putus menenangkan perasaanku. Kami tiba lewat di hospital, namun Manis tetap tersenyum menyambut kedatangan kami.
Berikut merupakan kertas ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]