Ujian Mac Matematik Tahun 1 2
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras.
Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Untuk koleksi kali ini, memandangkan bermula tahun 2017, kssr tahun 1 mengalami sedikit semakan(perubahan ) sama ada daripada subjek ataupun kandungan kurikulum.
Antara soalan yang terdapat dalam perkongsian kali ini adalah seperti soalan melibatkan operasi tambah, menyusun nombor, menolak dan penyelesaian masalah.
Dhiya ada 8 biji epal. Farah ada 1 biji epal kurang dari Dhiya. Berapa biji epalkah yang dimiliki oleh Farah? Terdapat 4 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan di dalam bas. Berapa orang muridkah yang ada kesemuanya? Terdapat 7 buah buku di dalam almari. Adriana mengeluarkan 2 buah buku . Berapa buah bukukah yang tinggal?
Oleh itu dikongsikan kepada guru koleksi ujian bulan mac tahun 1 bagi kssr semakan (2017).
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]