Ujian Mac Matematik Tingkatan 4
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Melalui aklumat yang diperolehi hasil dari penilaian, guru dapat menilai kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan murid amat penting bagi memastikan murid mempunyai keyakinan mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya membolehkan mereka menguasai kemahiran yang dipelajari.
Sekiranya, rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan dan memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepada pelajar pula, maklumat penilaian ini menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu topik pengajaran.
Contoh soalan
Sebuah tangki berbentuk kuboid mempunyai panjang 800cm, lebar 500cm dan tinggi 300cm. 70% daripada tangki itu diisikan dengan minyak. Hitung isipadu cm3minyak di dalam tangki itu. Nyatakan jawapan dalam bentuk piawai.
Terdapat 300 000 ekor kambing biri – biri dalam sebuah ladang. 65% daripadanya ialah kambing betina. Hitung bilangan kambing betina di ladang itu dan nyatakan jawapan dalam bentuk piawai.
Berikut merupakan ujian mac matematik tingkatan 4
Ujian Mac Matematik Tingkatan 4
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]