Ujian Mac Pendidikan Moral Tingkatan 2
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Melalui aklumat yang diperolehi hasil dari penilaian, guru dapat menilai kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan murid amat penting bagi memastikan murid mempunyai keyakinan mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya membolehkan mereka menguasai kemahiran yang dipelajari.
Sekiranya, rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan dan memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepada pelajar pula, maklumat penilaian ini menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu topik pengajaran.
Antara contoh soalan
Dalam agama Islam, manusia merupakan Khalifah Allah di bumi. Manusia dikehendaki menguruskan alam dengan baik. Begitu juga dengan agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh yang menekankan kepentingan menjaga alam dengan bijaksana. Mengapakah kita perlu menguruskan alam dengan baik?
Pil ecstasy ialah dadah daripada kumpulan eniletilamina. Dadah ini asalnya digunakan sebagai ubat penenang dalam bidang psikoterapi. Penyalahgunaan pil ini boleh membawa maut kepada golongan remaja. Apakah kesan pengambilan pil ecstasy terhadap kesihatan manusia?
Virus HIV (Human Immunodeficiency Virus) menyebabkan penyakit AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) yang mengakibatkan kesengsaraan dan membawa maut. Apakah kesan daripada gejala HIV atau AIDS terhadap pesakit?
Berikut merupakan ujian mac pendidikan moral tingkatan 2
Ujian Mac Pendidikan Moral Tingkatan 2
Ujian Mac Pendidikan Moral Tingkatan 2 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]