Ujian Mac Sejarah Tingkatan 2
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Melalui aklumat yang diperolehi hasil dari penilaian, guru dapat menilai kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan murid amat penting bagi memastikan murid mempunyai keyakinan mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya membolehkan mereka menguasai kemahiran yang dipelajari.
Sekiranya, rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan dan memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepada pelajar pula, maklumat penilaian ini menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu topik pengajaran.
Antara contoh soalan
Campurtangan kuasa luar dalam permasalahan sesebuah negara akan membawa kepada penjajahan dan ketidakadilan kepada penduduk setempat. Nyatakan 3 cara yang anda fikirkan sesuai bagi mengelakkan negara kita dibelenggu kuasa penjajah
Stamford Raffles Berjaya memujuk Temenggung abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk _________________________________.
Perjanjian 7 Jun 1823 antara Stamford Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman membolehkan SHTI berkuasa di ______________________.
Melalui perjanjian 2 Ogos 1824 , Sultan Hussein terpaksa _____________________ secara rasmi kepada SHTI.
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membolehkan British menguasai _______________.
Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai __________________________________.
Berikut merupakan ujian mac sejarah tingkatan 2
Ujian Mac Sejarah Tingkatan 2 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]