Kalendar 2018
Kalendar meja juga merupakan salah satu bahan yang penting untuk disediakan di atas meja guru. Kalendar ini penting untuk membantu guru merancang perjalanan aktiviti ataupun program yang akan dilaksanakan di sekolah.
Bagi sesi persekolahan 2018, terdapat beberapa cuti panjang yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara perayaan utama yang akan disambut pada tahun 2018 adalah Cuti Tahun Baru Cina, Cuti Deepavali, Cuti Perayaan Aidilfitri, Cuti Gawai dan Tadau Keamatan.
Bagi guru di Sarawak, mereka akan mendapat cuti lebih kurang 3 minggu pada pertengahan tahun yang menggabungkan cuti gawai dan perayaan aidilfitri yang jatuh pada cuti pertengahan tahun. Mahupun cuti ini merupakan cuti berganti, namun sudah cukup memudahkan para guru terutamanya guru yang berasal dari jauh yang menggunakan pengangkutan udara sebagai satu satunya alternatif untuk pulang ke kampung.
Kalendar di atas meja ini juga membantu guru menanda tarikh tarikh penting yang akan berlaku di sekolah sama mesyuarat, bengkel, taklimat dan pelbagai lagi.
Kalendar ini juga akan membantu guru untuk track balik sebarang aktiviti ataupun keberadaan guru sepanjang tahun tersebut. Mungkin maklumat keberadaan guru terutamanya tarikh tarikh menghadiri kursus ataupun taklimat yang dianjurkan oleh pihak ppd. Tarikh tarikh sebegini penting untuk pengisian dalam e-splg dan juga maklumat asas guru.
Berikut merupakan kalendar tahun 2018 yang boleh dicetak oleh guru dan diletakkan di atas meja mengikut kreativiti masing masing.
Kalendar 2018 by sk kuala tahan
Selamat merancang cikgu dan kongsikan kepada rakan guru anda.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]