Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu Pemahaman SJK UPSR 2017
UPSR 2018 ini akan bermula pada hari khamis 20 September 2018 bagi kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan. Minggu berikutnya pula adalah pada 24 September 2018 bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan, 25 sSeptember 2018 Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan, 26 September 2018 Matematik dan 27 September 2018 Sains.
Sebelum peperiksaan tiba, guru pasti telah habis mengajar setiap topik atau bab yang perlu kita pelajari. Ulangkaji semula bab-bab yang dirasakan susah atau bab yang telah ditarget. Namun, langkah selamat adalah dengan belajar semua bab dengan cara belajar yang dirasakan boleh membantu ketika hari peperiksaan.
Pelajar yang akan menduduki peperiksaan sewajarnya membuat persediaan yang terancang dan awal. Persediaan peperiksaan meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini sangat penting kepada semua pelajar. Sekiranya kita melihat kepada aspek jasmani, sudah tentu tahap kesihatan kecergasan wajar di titik berat. Bak kata pepatah badan cergas minda cerdas.
Pada tahun 2018 ini, pihak lembaga peperiksaan telah mengeluarkan kupasan mutu jawapan bagi setiap kertas peperiksaan UPSR 2017. Kupasan mutu jawapan ini menunjukkan jawapan jawapan yang boleh diterima dalam peperiksaan dan jawapan jawapan yang tidak boleh diterima dalam peperiksaan UPSR 2017 yang lalu.
Setiap penerimaan dan penolakan jawapan yang ditulis oleh murid ini disertakan dengan alasan. Dengan ini, alasan yang diberikan oleh pihak lembaga ini dapat membantu guru membimbing murid menulis jawapan yang sebetulnya pada soalan berbentuk subjektif.
Berikut merupakan kupasan mutu jawapan Bahasa Melayu Pemahaman SJK UPSR 2017.
Modul Kupasan Jawapan UPSR 2017 Bahasa Melayu Pemahaman
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]