Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kedua
Minit mesyuarat ialah satu hal atau perkara yang telah dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat dan persetujuan telah dicapai terhadap perbincangan tersebut.Ini bermakna catatan minit mesyuarat amat penting bagi membolehkan tindakan dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat dengan berkesan.Minit mesyuarat menjadi panduan perlaksanaan yang terlibat.
Tanpa penulisan minit mesyuarat yang baik dan sempurna perlaksanaan mesyuarat juga tidak akan sempurna,ini bermakna minit mesyuarat adalah satu perkara yang penting kerana ianya akan merakamkan segala maklumat yang diajukan dan dibincangkan didalam mesyuarat tersebut.
Terdapat kaedah dalam menguruskan minit mesyuarat,ia merangkumi pelbagai cara dalam menulis minit mesyuarat tersebut.
Ada yang kelihatan kemas,rapi,jelas dan ringkas dan ada juga yang berjela-jela dan tidak mengikut peraturan dan format tertentu walaupun isi penting bagi sesuatu minit mesyuarat itu terdapat didalamnya.
Bagi mewujudkan kesempurnaan dalam mesyuarat,minit mesyuarat perlulah lengkap dan teratur bagi memastikan segala maklumat tersebut diperolehi dengan lengkap.
Sesuatu minit mesyuarat perlulah mengandungi tajuk iaitu nama mesyuarat berkenaan ,bilangan mesyuarat yang biasanya di tulis diatas sekali,tarikh mesyuarat iaitu bila mesyuarat tersebut akan diadakan,tempat mesyuarat iaitu dimanakah mesyuarat tersebut akan diadakan,senarai kehadiran iaitu bilangan ahli yang hadir dan jumlah tersebut perlulah dicatatkan,agenda mesyuarat,catatan mesyuarat dengan tindakan serta tandatangan penyelia mesyuarat.
Berikut merupakan koleksi minit mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kedua. Semoga memudahkan urusan guru.
Minit mesyuarat panitia pend islam kedua
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]