Ujian Pertengahan Penggal 2 Pendidikan Moral Tahun 3 KSSR
Ujian pertengahan penggal 2 ini juga biasanya ditadbir semasa dan serentak dengan peperiksaan UPSR Ujian pencapaian sekolah rendah dan kebiasaannya sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal 2. Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana persekolahan yang lebih senyap kerana jika diadakan pdpc, pastinya suasana sekolah agak bising dengan suara guru dan juga murid belajar, berbincang dan menjalankan pelbagai aktiviti.
Pada tahun 2018 ini, Ujian Pertengahan Penggal 2 ini mungkin dilakukan sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal 2 yang bermula pada pertengahan Ogos 2018 ini. Ujian ini tidak dilaksanakan serentak dengan UPSR 2018 kerana UPSR 2018 akan dilaksanakan pada minggu terakhir September 2018.
Peperiksaan sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Murid-murid akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Berikut merupakan contoh soalan Ujian Pertengahan Penggal 2 Pendidikan Moral Tahun 3 KSSR.
Saya menyayangi sekolah kerana sekolah tempat saya ______________________ ilmu.
Kami perlu berusaha dengan gigih untuk ______________________ nama sekolah. Saya menyanyikan lagu sekolah dengan penuh ______________________. Warga sekolah yang saling menghormati akan melahirkan suasana yang ____________________. Saya _________________ peraturan sekolah dengan menepati waktu sekolah bermula.
Saya dan rakan akan memberikan _____________________ semasa guru mengajar. Patuh kepada peraturan sekolah akan menjadikan saya seorang murid yang _____________________. Pada Hari Guru, Jing Wei memberikan hadiah kepada gurunya sebagai tanda
__________________________.
Berikut merupakan kertas Ujian Pertengahan Penggal 2 Pendidikan Moral Tahun 3 KSSR. Kongsikan kepada rakan guru.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]