Ujian Pertengahan Tahun Pendidikan Moral Tahun 4
Peperiksaan merupakan satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Peringkat rendah UPSR diadakan manakala di peringkat menengah PT3 dan SPM dilaksanakan.
Tujuan peperiksaan adalah menguji cara pelajar menampilkan bakat dan menggunakan ilmu serta kebolehan mereka yang diperolehi. Selain itu, peperiksaan bukan sekadar mempertikaikan kebolehan pelajar malah menguji minda pelajar supaya sentiasa cergas berfikir.
Ia mengajar pelajar untuk sentiasa berhati-hati ketika menjawab soalan. Justeru, keputusan peperiksaan bergantung pada diri pelajar. Jika seseorang pelajar itu belajar tanpa perhatian yang cukup dan malas, ternyata pelajar ini akan mendapat keputusan gagal.
Peperiksaan merupakan batu loncatan yang terpenting kepada pelajar kerana peperiksaan memberi pelajar satu pentas yang membolehkan mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka secara baik. Pelajar tidak wajar merugikan peluang keemasan ini dan menggunakannya dengan baik sekali. Hal ini dapat mengharumkan nama negara dan nama mereka sendiri.
Kebaikan peperiksaan yang dikupas adalah peperiksaan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh. Keburukannya pula adalah peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana terlalu sibuk belajar sahaja.
Berikut merupakan contoh soalan dalam kertas ujian ini
Tan Hui Yee seorang murid yang berusaha 14 tahun terpaksa melalui hari-hari yang sukar. Dia menghadap penyakit jantung. Selama setahun, dia terpaksa bergantung hidup dengan menggunakan jantung mekanikal. Tan Hui Yee begitu berharap agar mendapat simpati daripada orang ramai yang sudi mendermakan organ jantung yang baharu kepadanya.
Penderitaan hidupTan Hui Yee mendapat perhatian meluas daripada masyarakat Malaysia. Tanggal 5 Oktober 2007. Tan Hui Yee mendapat sinar hidup yang baharu. Tan Hui Yee telah mendapat organ jantung yang baharu daripada seorang penderma. Kini, dia mampu hidup tanpa bergantung pada jantung mekanikal lagi. Sikap baik hati dan ikhlas penderma organ jantung itu patut dipuji
Siapakah nama murid yang menghadapi penyakit jantung itu? Berapa lamakah pesakit jantung itu bergantung dengan jantung mekanikal?
Berikut merupakan ujian pertengahan tahun pendidikan moral tahun 4
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]