Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

sistem

Aplikasi Egtukar Guru borang dan panduan

admin January 7, 2018

Aplikasi Egtukar Guru

Aplikasi egtukar guru merupakan aplikasi sistem yang sering ditunggu oleh guru yang ingin bertukar. Boleh dikatakan beribu permohonan diisi oleh guru di seluruh Malaysia untuk berpindah sama ada berpindah antara negeri, antara daerah atau dalam daerah. Permohonan ini pula biasa dibuat atas sebab sebab tertentu.

Berikut merupakan sedikit info berkenaan dengan sistem egtukar ini.

SAYA INGIN MEMBUAT PENANGGUHAN MULA BERTUGAS DI SEKOLAH BAHARU, SIAPAKAH YANG PERLU SAYA RUJUK?

Guru yang ingin memohon penangguhan mula bertugas perlu melapor diri kepada Pengetua/Guru Besar sekolah baharu terlebih dahulu dan seterusnya membuat permohonan penangguhan kepada Pengetua/Guru Besar sekolah baharu. Pengetua/Guru Besar sekolah baharu boleh memberi pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.

SEKIRANYA SAYA INGIN MEMBUAT PERMOHONAN PERTUKARAN SELEPAS TARIKH TUTUP PERTUKARAN ATAS ALASAN ARAHAN PERKHIDMATAN PASANGAN, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara manual yang terdapat di Modul eG-Tukar dan mendapat pengesahan Pengetua/Guru Besar. Seterusnya, menghantar borang permohonan tersebut ke JPN untuk tindakan kunci masuk.

SEKIRANYA SAYA TELAH LULUS PERTUKARAN TETAPI TIDAK MELAPOR DIRI DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN, APAKAH TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL TERHADAP SAYA?

Seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melapor diri boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.

MENGAPAKAH PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN?

Kelulusan pertukaran mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen daerah/ sekolah yang dimohon.

ADAKAH GURU BOLEH MEMOHON PERTUKARAN KE DAERAH/SEKOLAH YANG DIINGINI SEKIRANYA MENGETAHUI TERDAPAT KEKOSONGAN DI DAERAH/SEKOLAH TERSEBUT?

Guru boleh memohon bertukar ke daerah/sekolah yang dibuka bagi Pertukaran Guru bagi Tahun 2017. Kelulusan akan mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen.

Berikut  merupakan pautan kepada sistem egtukar guru kementerian pendidikan Malaysia.

Sistem Egtukar

Berikut merupakan borang egtukar yang boleh diisi secara manual oleh rakan guru. Borang pertukaran antara negeri, borang pertukaran antara daerah dan borang pertukaran dalam daerah

borang pertukaran antara negeri

borang pertukaran antara daerah

borang pertukaran dalam daerah

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Panduan Aplikasi Eoperasi Kementerian Pendidikan Malaysia e-Operasi merupakan salah satu …

Panduan Aplikasi Eoperasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM ID Pengguna bagi administrator ialah …

Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM Modul Pengurusan Murid

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh