Koleksi Bahan Persediaan Bahasa Melayu SPM
Subjek Bahasa Melayu merupakan antara mata pelajaran yang sangat penting dalam peperiksaan SPM Sijil Pelajaran Malaysia. Kepentingan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa komunikasi bukan hanya setakat lulus dalam mata pelajaran bahasa Melayu peringkat Sijil Pelasjaran Malaysia (SPM). Malah ia amat penting apabila seseorang itu menjawat jawatan penting di jabatan kerajaan.
Dalam apa-apa juga bidang pekerjaan jangan korbankan syarat lulus bahasa Melayu dalam SPM yang menjadi syarat wajib lulus kepada semua murid dan pelajar di sekolah menengah. Adalah tidak adil dan apa keistimewaannya jika ada bidang pekerjaan mengecualikan syarat lulus BM di peringkat SPM?
Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran graduan perubatan tak penuhi syarat lulus BM di peringkat SPM dilantik pegawai perubatan kontrak sewajarnya disemak kembali. Perkara ini akan dipertikaikan oleh kalangan penjawat awam lain yang diwajibkan sekurang-kurangnya lulus BM di peringkat SPM. Apa yang paling penting seseorang penjawat awam itu akan berkomunikasi dengan orang awam dalam BM dengan baik dan berkesan serta mudah difahami. Begitu juga berkaitan penulisan atau pemberian ubat contohnya, sebagai doktor perlu menulisnya dengan BM yang jelas dan berkesan.
Ini akan memudahkan pesakit atau orang awam yang berurusan dengan jabatan khususnya jabatan kesihatan. Begitu juga dengan jabatan lain orang awam akan menggunakan BM sebagai bahasa komunikasi, bahasa rasmi dan bahasa perantaraan. Tidaklah terlalu payah untuk lulus BM di peringkat SPM. Calon hanya perlu mengambil Ujian Lisan peringkat SPM dan peperiksaan bertulis Kertas 1 BM dan juga Kerta2 BM. Calon persendirian boleh mengambil peperiksaan kertas BM di peringkat peperiksaan Kertas Julai BM.
Bagi pelajar di sekolah menengah subjek bagi kertas BM dipelajari selama dua tahun iaitu di Tingkatan 4 dan 5. Kertas 1 BM mengandungi Karangan. Manakala Kertas 2 soalan Rumusan, Pemahaman Komponen Sastera (Komsas), Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa serta Pemahaman Novel.
Adalah tidak adil jika syarat kelonggaran ini diberikan kepada penjawat jawatan Pegawai Perubatan secara kontrak. Syarat itu tidak perlu dilaksanakan kerana syarat itu telah dipraktikkan dalam semua bidang perkhidmatan awam sejak sekian lama. Ia akan dipertikai oleh penjawat awam lain yang lulus BM dengan baik dan mengambil peperiksaan BM di peringkat SPM.
Bagi mendapatkan soalan percubaan Bahasa Melayu SPM, boleh cari di sini
Berikut merupakan bahan bahan persediaan bahasa melayu SPM.
Kosa Kata Ungkapan Menarik SPM
Kesalaha Umum Tatabahasa Melayu SPM
Nota Panduan Guru Menulis Karangan
Koleksi Simpulan Bahasa Melayu SPM
Koleksi Frasa Menarik Bahasa Melayu SPM
Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu SPM
Modul Amanjaya Bahasa Melayu SPM Kertas 1
Modul Amanjaya Bahasa Melayu SPM Kertas 2
Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]