Koleksi Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Sekolah
Mesyuarat merupakan satu prosedur pentadbiran yang wajib dilakukan oleh setiap pengurusan sekolah. Selain itu, bermula tahun 2018, pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 2017 akan diaudit melalui skpmg2 oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Terdapat beberapa sebab dan alasan kenapa mesyuarat dan minit mesyuarat harus diurus dengan baik. Tujuannya adalah untuk memastikan segala keperluan mesyuarat disediakan selengkapnya dan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar, memastikan ahli-ahli yang dijemput hadir mendapat maklumat lengkap mengenai mesyuarat dan bersedia menyumbang idea, memastikan mesyuarat berfokus dan ahli-ahli yang hadir dapat berbincang secara produktif untuk membuat keputusan-keputusan penting dan memastikan segala keputusan dapat diedarkan kepada semua pihak terlibat, sama ada yang hadir atau tidak dengan segera untuk diambil tindakan.
Selain itu, pengurusan mesyuarat yang baik juga akan membolehkan pemantauan perkembangan sesuatu projek atau kerja yang diarahkan, sama ada telah dilaksanakan atau sebaliknya, menyediakan rekod sejarah yang sah dan tetap untuk rujukan pada masa hadapan, menyediakan rekod mengenai keputusan-keputusan dasar yang telah diputuskan, dan menjadi bukti untuk tujuan pengauditan dan mahkamah.
Antara kandungan minit mesyuarat ini
Pengerusi mengingatkan Ketua Unit Pengawas agar mengadakan perjumpaan mingguan setiap hari Ahad selepas rehat dengan semua pengawas untuk menyampaikan info berkaitan Pengawas.
Pengerusi meminta Ketua Unit untuk memastikan setiap pengawas mempunyai tugasan harian. Pengerusi juga mengingatkan tentang keberadaan pengawas di Pintu Pagar a dan B untuk mengawasi kehadiran murid. Pengerusi meminta Jadual Tugas Pengawas dipaparkan di papan kenyataan pengawas.
Pengerusi juga meminta agar skop tugas pengawas ditambah baik mengikut keperluan semasa. Beliau mengingatkan perjumpaan pengawas perlu diadakan secara kerap kerana beliau mendapati terdapat pengawas yang masih tidak cekap dalam menjalankan tugas.
Berikut merupakan Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Sekolah
Minit Mesyuarat Pengurusan HEM Bil 2
minit mesyuarat unit hal ehwal murid
Semoga bermanfaat kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]