Pekeliling Cuti Rehat Khas CRK 10 hari
Seperti yang telah dibentangkan melalui bajet 2018 pada Oktober 2017 yang lalu, mulai tahun 2018, cuti rehat khas atau crk akan ditambah menjadi 10 hari daripada 7 hari.
Pada pekeliling ini, hanya memberitahu berkenaan jumlah crk sebanyak 10 hari dan tiada perubahan ataupun pindaan terhadap cara dan keizinan untuk menggunakan cuti rehat khas tersebut.
Walaupun pekeliling terdahulu menyatakan bahawa seseorang pegawai perlu berkhidmat sekurangnya 1 bulan 3 minggu untuk layak mendapat 1 hari crk, Namun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 2015 telah menyatakan bahawa crk ini dapat diberikan tanpa melebihi tempoh kelayakan berdasarkan beberapa tujuan seperti
- menziarah ahli keluarga dan ahli keluarga rapat yang sakit tenat atau meninggal
- menziarahi upacara kagamaan.
- kecemasan / kemalangan seperti banjir, kebakaran dan sebagainya
- majlis konvokesyen pegawai atau keluarga rapat.
- mendaftar anak sekolah atau di ipt
- menunaikan fardhu haji
- menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus
- perkahwinan pegawai atau anak pegawai
Contohnya, seorang pegawai mahu berkahwin pada minggu pertama bulan Januari dalam tahun tertentu. Jika dikira, tempoh perkhidmatan selama seminggu tersebut belum melayakkan beliau mendapat 1 hari crk. Namun, pekeliling bilangan 1 2015 ini menyatakan bahawa urusan perkahwinan dibolehkan untuk memohon crk tanpa mengikut tempoh perkhidmatan, maka, pegawai tersebut layak mendapat crk walaupun tempoh perkhidmatannya masih belum layak.
Namun begitu, jika tempoh perkhidmatan pegawai tidak mencukupi selama setahun, cuti rehat khas perlu diganti dengan bentuk pemotongan emolumen
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan pekeliling crk yang terdahulu boleh rujuk di bawah
Bagi mendapatkan pekeliling crk iaitu pekeliling bilangan 8 tahun 2017 di bawah
In sha Allah berguna kepada rakan guru
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]