Ujian Pertengahan Penggal 2 Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Ujian pertengahan penggal 2 ini juga biasanya ditadbir semasa dan serentak dengan peperiksaan UPSR Ujian pencapaian sekolah rendah dan kebiasaannya sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal 2. Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana persekolahan yang lebih senyap kerana jika diadakan pdpc, pastinya suasana sekolah agak bising dengan suara guru dan juga murid belajar, berbincang dan menjalankan pelbagai aktiviti.
Pada tahun 2018 ini, Ujian Pertengahan Penggal 2 ini mungkin dilakukan sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal 2 yang bermula pada pertengahan Ogos 2018 ini. Ujian ini tidak dilaksanakan serentak dengan UPSR 2018 kerana UPSR 2018 akan dilaksanakan pada minggu terakhir September 2018.
Peperiksaan sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Murid-murid akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Berikut merupakan contoh soalan ujian pertengahan penggal 2 ini.
Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.
Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.
Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid, pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.
Berikut merupakan koleksi Ujian Pertengahan Penggal 2 Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR sekolah rendah.
Ujian Ogos Bahasa Melayu Pemahaman
Ujian Ogos BM Pemahaman tahun 5 bahagian A
ujian ogos bm pemahaman tahun 5 bahagian B
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]