Ujian Pertengahan Penggal 2 Pendidikan Seni Tahun 4 KSSR
Ujian pertengahan penggal 2 ini juga biasanya ditadbir semasa dan serentak dengan peperiksaan UPSR Ujian pencapaian sekolah rendah dan kebiasaannya sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal 2. Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana persekolahan yang lebih senyap kerana jika diadakan pdpc, pastinya suasana sekolah agak bising dengan suara guru dan juga murid belajar, berbincang dan menjalankan pelbagai aktiviti
Pada tahun 2018 ini, Ujian Pertengahan Penggal 2 ini mungkin dilakukan sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal 2 yang bermula pada pertengahan Ogos 2018 ini. Ujian ini tidak dilaksanakan serentak dengan UPSR 2018 kerana UPSR 2018 akan dilaksanakan pada minggu terakhir September 2018.
Peperiksaan sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Murid-murid akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Bagi tahun 2018, tahun 1 dan tahun 2 akan menggunakan kertas peperiksaan yang berasaskan kandungan kurikulum yang telah disemak iaitu KSSR Semakan 2017 manakala bagi tahun 3 hingga 6, mereka akan menggunakan kandungan kurikulum daripada KSSR.
Berikut merupakan contoh soalan ujian pertengahan penggal 2 ini.
Soalan 1: Menggambar
Tajuk: Poster Satu Murid Satu Sukan.
Teknik: Lukisan atau montaj atau catan atau gabungan teknik-teknik tersebut.
Alatan dan Bahan: Kertas lukisan, warna pensel atau warna air, keratan huruf dan gambar.
Soalan 2: Membuat Corak dan Rekaan.
Tajuk: Kertas Hiasan Dinding.
Teknik: Lukisan.
Alatan dan Bahan: Kertas lukisan, stensil sisik ikan bercorak, warna pensel.
Soalan 3: Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk: Anak Patung.
Teknik: Boneka.
Alatan dan Bahan: Span atau kulit telur atau sarung tangan, reben, batang ais krim, benang kait, kertas warna, gunting dan gam, warna air atau warna pensel.
Berikut merupakan koleksi Ujian Pertengahan Penggal 2 Pendidikan Seni Tahun 4 KSSR sekolah rendah.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]