Ujian Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Penulisan Tahun 3
Peperiksaan merupakan satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Peringkat rendah UPSR diadakan manakala di peringkat menengah PT3 dan SPM dilaksanakan.
ujuan peperiksaan adalah menguji cara pelajar menampilkan bakat dan menggunakan ilmu serta kebolehan mereka yang diperolehi. Selain itu, peperiksaan bukan sekadar mempertikaikan kebolehan pelajar malah menguji minda pelajar supaya sentiasa cergas berfikir.
Ia mengajar pelajar untuk sentiasa berhati-hati ketika menjawab soalan. Justeru, keputusan peperiksaan bergantung pada diri pelajar. Jika seseorang pelajar itu belajar tanpa perhatian yang cukup dan malas, ternyata pelajar ini akan mendapat keputusan gagal.
Peperiksaan merupakan batu loncatan yang terpenting kepada pelajar kerana peperiksaan memberi pelajar satu pentas yang membolehkan mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka secara baik. Pelajar tidak wajar merugikan peluang keemasan ini dan menggunakannya dengan baik sekali. Hal ini dapat mengharumkan nama negara dan nama mereka sendiri.
Kebaikan peperiksaan yang dikupas adalah peperiksaan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh. Keburukannya pula adalah peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana terlalu sibuk belajar sahaja.
Antara contoh soalan dalam kertas peperiksaan ini adalah
Faridah 1.________________ sebagai guru di sebuah sekolah yang terletak di 2._______________ . Jarak di antara rumahnya dengan sekolah lebih kurang 15 kilometer. Walaupun jauh, namun Cikgu Faridah tetap 3.___________________ tugasnya dengan tabah dan sabar kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya.
Di sekolah, Cikgu Faridah 4.________________ guru yang rajin dan 5. ____________________ dalam menjalankan tugasnya. Beliau sering menjalankan kelas 6. ____________________ kepada murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik.
Impian Cikgu Faridah adalah ingin melihat anak didiknya berjaya dalam pelajaran. Cikgu Faridah juga telah 7. ________________ menjadikan bilik darjahnya cantik dan bersih. Dia juga bergiat 8. ____________________ murid-murid dalam permainan bola jaring.
Berikut merupakan ujian pertengahan tahun bahasa melayu penulisan tahun 3.
UPT Bahasa Melayu Penulisan Tahun 3
UPT Bahasa Melayu Penulisan Tahun 3 Contoh 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]