Ujian Pertengahan Tahun Matematik Tahun 4
Peperiksaan merupakan satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Peringkat rendah UPSR diadakan manakala di peringkat menengah PT3 dan SPM dilaksanakan.
Tujuan peperiksaan adalah menguji cara pelajar menampilkan bakat dan menggunakan ilmu serta kebolehan mereka yang diperolehi. Selain itu, peperiksaan bukan sekadar mempertikaikan kebolehan pelajar malah menguji minda pelajar supaya sentiasa cergas berfikir.
Ia mengajar pelajar untuk sentiasa berhati-hati ketika menjawab soalan. Justeru, keputusan peperiksaan bergantung pada diri pelajar. Jika seseorang pelajar itu belajar tanpa perhatian yang cukup dan malas, ternyata pelajar ini akan mendapat keputusan gagal.
Peperiksaan merupakan batu loncatan yang terpenting kepada pelajar kerana peperiksaan memberi pelajar satu pentas yang membolehkan mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka secara baik. Pelajar tidak wajar merugikan peluang keemasan ini dan menggunakannya dengan baik sekali. Hal ini dapat mengharumkan nama negara dan nama mereka sendiri.
Kebaikan peperiksaan yang dikupas adalah peperiksaan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh. Keburukannya pula adalah peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana terlalu sibuk belajar sahaja.
Berikut merupakan contoh soalan dalam kertas ujian ini
Bentukkan satu nombor 5 digit terbesar daripada kad diatas, dengan syarat angka 0 berada pada nilai tempat ribu.
Bilangan coklat di dalam bekas M adalah ( kurang daripada , sama dengan, lebih daripada ) bilangan coklat di dalam bekas N.
Sebuah kilang mencetak 11 400 naskah surat khabar setiap hari. 30 naskah surat khabar diikat dalam satu ikatan. Berapakah jumlah ikatan surat khabar itu? 120 ikatan surat khabar diedarkan ke Zon Tengah. Berapa naskah surat khabarkah yang diterima oleh Zon Tengah?
Find the smallest number that can be formed from digits 4, 8, 6, 0 and 3 with the condition that the number is larger than 40 000 Bentukkan satu nombor 5 digit terkecil dari digit 4,8,6,0 dan 3 dengan syarat nombor tersebut lebih besar daripada 40 000.
Berikut merupakan kertas ujian pertengahan tahun matematik tahun 4
upt matematik kertas 1 tahun 4
upt matematik kertas 2 tahun 4
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]