Ujian Pertengahan Tahun Reka Bentuk Teknologi Tahun 4
Peperiksaan merupakan satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Peringkat rendah UPSR diadakan manakala di peringkat menengah PT3 dan SPM dilaksanakan.
Tujuan peperiksaan adalah menguji cara pelajar menampilkan bakat dan menggunakan ilmu serta kebolehan mereka yang diperolehi. Selain itu, peperiksaan bukan sekadar mempertikaikan kebolehan pelajar malah menguji minda pelajar supaya sentiasa cergas berfikir.
Ia mengajar pelajar untuk sentiasa berhati-hati ketika menjawab soalan. Justeru, keputusan peperiksaan bergantung pada diri pelajar. Jika seseorang pelajar itu belajar tanpa perhatian yang cukup dan malas, ternyata pelajar ini akan mendapat keputusan gagal.
Peperiksaan merupakan batu loncatan yang terpenting kepada pelajar kerana peperiksaan memberi pelajar satu pentas yang membolehkan mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka secara baik. Pelajar tidak wajar merugikan peluang keemasan ini dan menggunakannya dengan baik sekali. Hal ini dapat mengharumkan nama negara dan nama mereka sendiri.
Kebaikan peperiksaan yang dikupas adalah peperiksaan dapat merangsang pelajar-pelajar supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh. Keburukannya pula adalah peperiksaan boleh memberi tekanan terhadap pelajar yang berjiwa lemah kerana terlalu sibuk belajar sahaja.
Berikut merupakan contoh soalan dalam kertas ujian ini
Manakah antara yang berikut menyebabkan berlaku gangguan ketika di dalam bengkel?
Menyimpan alatan di tempat yang dikhaskan./ Membawa masuk beg ke dalam bengkel. / Membuka dan menutup tingkap. / Menutup suis lampu sebelum keluar dari bengkel.
Penyataan manakah antara yang berikut dapat mengelakkan pakaian terkena kotoran ketika melakukan aktiviti di dalam bengkel?
Memakai apron. / Melipat lengan baju. / Memakai pakaian seragam sekolah. / Memakai kasut yang tertutup.
Berikut merupakan ujian pertengahan tahun reka bentuk teknologi tahun 4
Ujian RBT Tahun 4 KSSR Semakan
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]