Ujian Akhir Tahun Asas Sains Komputer Tingkatan 1 KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif.
Antara contoh soalan yang terdapat pada kertas peperiksaan ini adalah seperti
Pemboleh ubah ialah storan ingatan yang digunakan oleh program komputer untuk menyimpan data yang perlu diolahkan kemudian. Ia boleh disimpan dalam tiga bentuk data. Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan tiga bentuk data itu.
Ali mempunyai sebidang tanah. Dia bercadang untuk membina satu deretan rumah teres setingkat di tanah itu untuk dijadikan rumah sewa. Dengan menggunakan teknik leraian, senaraikan empat masalah-masalah yang boleh dipecahkan kepada yang lebih kecil.
Berdasarkan teknik pengecaman corak, apakah tiga ciri-ciri kesamaan yang dapat membantu Ali dalam menyelesaikan masalah itu? Mengikut teknik peniskalaan, senaraikan satu aspek yang penting bagi menyelesaikan masalah ini dan satu aspek yang tidak penting. Apakah yang boleh dilakukan oleh Ali untuk memastikan masalah ini dapat diuruskan dengan baik?
Berikut merupakan contoh koleksi soalan bagi Ujian Akhir Tahun Asas Sains Komputer Tingkatan 1 KSSM
Kertas Soalan Asas Sains Komputer Akhir Tahun Tingkatan 1 KSSM
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]