Ujian Akhir Tahun Pendidikan Moral Tingkatan 1 KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif.
Antara contoh soalan yang terdapat pada kertas peperiksaan ini adalah seperti
Anda bersama-sama keluarga pulang ke kampung dengan menaiki kereta. Anda melihat ayah menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Sebagai insan bermoral, apakah tindakan yang patut anda lakukan dalam situasi di atas?
Pilih jawapan dibawah dan jelaskan bagaimana anda mendemostrasikan perlakuan insan bermoral sebagai seorang pelajar dengan melengkapkan peta buih di bawah:
Baca dan fahami situasi di bawah. Terangkan tindakan yang perlu anda lakukan berdasarkan perlakuan baik, benar dan patut. Anda pengawas. Anda ternampak rakan anda membuang sampah merata-rata tempat. Menegur dan menasihati rakan dan memintanya membuang sampah ke dalam tong sampah.
Ahmad meminta Lim Jian merahsiakan perbuatannya yang menghilangkan kunci kelas kerana takut dimarahi guru kelasnya Puan Aminah. Rakan anda telah disaman oleh polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan melanggar peraturan jalan raya.
Berikut merupakan contoh koleksi soalan bagi Ujian Akhir Tahun Pendidikan Moral Tingkatan 1 KSSM
Ujian Akhir Tahun Pendidikan Moral Tingkatan 1 KSSM
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]