Ujian Akhir Tahun Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif.
Antara contoh soalan yang terdapat pada kertas peperiksaan ini adalah seperti
Garisan boleh diolah untuk menimbulkan ______ , ______ , ______ , dan _______.Garisan ___ sesuai digunakan untuk permukaaan bulat seperti sfera, kon, dan silinder. Garisan ______________________ yang disusun secara rapat-rapat menghasilkan ton yang gelap. Warna biru adalah sejenis warna _______________, manakala warna _______________ adalah warna panas. Jalinan adalah __________________ yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Terdapat dua jenis jalinan iaitu jalinan __________________ dan jalinan ______________ Rupa muka taip yang paling asas dikenali sebagai __________ Terdapat dua jenis rupa, iaitu rupa _______ dan rupa ________.
Apabila permulaan garisan bertemu penghujung garisan, maka terhasilah. Antara objek yang berikut, yang manakah tidak mempunyai jalinan sentuh? Antara berikut, yang manakah contoh objek buatan manusia yang menunjukkan kesan jalinan?
Berikut merupakan contoh koleksi soalan bagi Ujian Akhir Tahun Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSM
Ujian Akhir Tahun Pendidikan Seni Tingkatan 1 KSSM
Ujian Akhir Tahun Pend Seni Tahun 1 Cth 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]