Ujian Akhir Tahun Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1 KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif.
Antara contoh soalan yang terdapat pada kertas peperiksaan ini adalah seperti
Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya. Nyatakan sama ada rupa di bawah RUPA GEOMETRI atau RUPA ORGANI. Padankan keterangan yang berikut dengan etika reka bentuk yang betul pada petak yang disediakan.
Berikut adalah kenyataan tentang jenis-jenis Lakaran. Padankan dengan menulis jenis garisan pada ruang yang disediakan. Lakaran ini tidak kemas, tidak tersusun dan dilukis di dalam buku lakaran. Lakaran ini digunakan untuk menunjukkan semua lakaran objek bermula daripada idea pertama hingga ke objek sebenar. Teknik melakar secara tradisional dengan menggunakan pensel dan kertas
Rajah di bawah menunjukkan sebuah lakaran perspektif 2 titik. Nyatakan nama garisan dan nama titik yang terdapat pada rajah tersebut. Rita telah membeli sebuah beg tangan untuk kegunaannya ke pejabat. Setelah digunakan Rita tidak berapa selesa dengan beg tangan itu.
Berikut merupakan contoh koleksi soalan bagi Ujian Akhir Tahun Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1 KSSM
Kertas Ujian Akhir Tahun RBT Tingkatan 1 KSSM
Ujian Akhir Tahun RBT KSSM Tingkatan 1 Cth 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]