Eksperimen Ujikaji Sains KSSR Tahun 5
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek sains di peringkat sekolah rendah, 2 pendekatan yang sering digunapakai oleh guru adalah inkuiri penemuan dan konstruktivisme. Perkongsian kali ini juga melibatkan soalan eksperimen ujikaji sains kssr.
Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomen yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.
Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkanpembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencarimaklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuanberlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.
Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena danmencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untukmemahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuanini.
Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidaksesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapakonsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru ataumelalui inkuiri penemuan terbimbing.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut.
Antara kandungan pembelajaran tahun 5 adalah seperti
Berikut merupakan beberapa kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik: Memegang suis dengan tangan yang basah. Membiarkan peralatan elektrik terpasang lama. Menggunakan wayar yang rosak. Mencucuk soket menggunakan bahan konduktor elektrik. Tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik. Tidak mempelajari kaedah yang betul semasa menggunakan peralatan elektrik di rumah.
Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik perlulah dititikberatkan: Elakkan membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis terpasang. Elakkan membuka atau menutup suis dengan tangan yang basah. Elakkan memasang plag 2 pin dengan bahan konduktor elektrik. Pasang palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.
Dalam persediaan UPSR pula, soalan berbentuk ujikaji atau eksperimen ini boleh disoal terutamanya dalam kertas 1 dan kertas 2. Murid itu sendiri perlu menguasai ujikaji atau eksperimen yang berkaitan dengan kandungan pelajaran sains terutamanya eksperimen yang berada di dalam buku teks,
Berikut merupakan koleksi soalan eksperimen ujikaji Sains KSSR daripada buku teks Tahun 1 hingga Tahun 6. Kongsikan kepada rakan guru terutamanya guru sains.
Soalan Eksperimen Sains KSSR Tahun 5
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]